Wednesday, December 30, 2009

Cinta Hakiki

Cinta Hakiki
Kawan2, nak cerita…
Rasa gembira sgt…setiap hari ada janji temu dengan-Nya..xpnah dpt perhatian sebanyak ni.. sgt gembira..setiap hari nk jumpa lebih dari 5 kali pun Dia xkisah...tak marah dan merungut pun..sentiasa ada masa untuk aku.. kata-Nya, lagi banyak lagi bagus. Seronoknya hati dengar. Mana ada yang nk mcm tu? Jumpe pukul berapa pun xkisah..tapi 5 waktu tu, Dia nk aku cepat..jgn lengah. Ish~! Seronoklah! Buat aku xsabar ingin menemui-Nya.

Ramai yang sayang Dia, aku tahu, tp aku xpnah nak berebut kasih dari-Nya..sebab aku tahu, Dia Adil dan Penyayang…bila aku nak jumpa, Dia slalu ada. Bila nk bercerita, Dia dengar. Bila aku susah, Dia tolong aku. Macammana nak rebut? Aku ni jer..rasa bersalah kepada-Nya..Dia tahu aku ada terlupa tentang-Nya..Dia tahu aku tak setia kepadanya..Bila ada janji temu, aku datang lambat…Bila nak bercerita, aku cari orang lain..Bila susah, aku xminta tolong dia…yang paling buat aku sedih, Dia tetap terima aku seadanya, sedia memaafkan aku, dan Dia masih sayangkan aku walaupun aku selama ini mungkiri janji dan menyayangi orang lain hingga terkadang lupa tentang-Nya..Ini buat aku terasa…Betapa hebat cinta-Nya tak dapat aku samakan dengan yang lain…

Mencintai-Nya tidak pernah menyakitkan hati aku..Mencintai-Nya tak perlu berebut kasih…Mencintai-Nya, aku takkan pernah hampa…kalau dahulu aku berusaha menggembirakan org lain…kini Dia, sudah merangka perjalanan hidup untuk aku dan Dia telah menetapkan apa yang terbaik untuk aku. Bahagia kan? Semua Dia dah sediakan untuk aku. Hanya yang terbaik pulak tu! Mana ada yang nak buat macam tu? Korang da knal pun siapa Dia…InsyaAllah..ah, tengok…rindulah..ape aku buat, mesti ada Dia.. Ya Allah~! Eh, tgk, aku sebut nama Dia lagi. Isk~ kemaruk bercinta lah aku ni. Malunya~~!

Saturday, September 12, 2009

balik kampung....

besok aku akan pulang ke kedah ngan flight kul 5 ptg...wah...best sgt..tk sabar rasanya nk balik...dh lama tk balik..sejak dari ml sem baru ritu..huhu...rindu kt mak,ayah my sis,my bro n my nephew..huhu..miss u all...wait for me ye..hehe..
tp balik cuti raya tk leh nk bergembira sgt sb ada 2 assignment nk kena siapkan then kena study coz ada 2 lg exam..huhu..pas raya ni i really bz dgn my study n program..watever pun kita enjoy..haha..
p/s: jgn men mercun n selamat hari raya aidilfitri.

Tuesday, September 1, 2009

jodoh dan takdir

yaALLAH relakan saja hati ini andai dia bukan jodoh yang terbaik yang Engkau ciptakan untukku..
tenangkan jiwa ini agar tidak gundah dan mengindahkanMU...
tabahkan diri ini agar tidak menangisi takdirMU...
kuatkan sekujur tubuh ini menjalani cubaanMU...

semoga hambaMU ini terus mendamba memiliki cintaMU...
tanpa rasa ragu2...
tanpa rasa berbelahbagi...
cinta ILAHI...cinta suci...

Untuk Calon Suamiku..

Untuk Calon Suamiku..


Biar Rindu Jangan Jemu

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assolatuwassalam, selawat dan Assalamu'alaikum buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa.

Assalamu'alaikum Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya

Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

Calon zaujku,

Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh umi dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang. (Rum: 21)


Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah sebatang kara di dunia ini. Arwah umi dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu ...


"... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri..." (Ali Imran : 159-160)


Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.

aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekuranin ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,


" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)


Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.


Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. (An Nisaa : 1)


Calon Suamiku yang dirahmati,


" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian
dari harta mereka".(An-Nissa':34)


Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?! Ketahuilah. Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas khawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.
Wassalam

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::.

~tulang rusuk kirimu~

pertemuan...
menghadiahkan kita kasih sayang...
jika cinta satu pasti bertemu...
ia tidak ternilai...
kerana antara hati kita
telah tiada antaranya lagi
yang ada hanyalah cinta kasih Ilahi...
kita berpisah hanya sementara
kerna pertemuan bukan milik kita...
jasad dan suara berjauhan sentiasa
namun cinta abadi...
biar berpisah selalu menderita
kerana syurga menagih ujian
sedang neraka dipagari oleh nikmat
bertemu tidak jemu...berpisah tak gelisah...

Wednesday, August 19, 2009

HATI.........




Iman itu yazid wa yanqus. Yakni, bertambah dan berkurang. Semakin banyak melakukan amal soleh semakin bertambahlah iman, manakala iman akan berkurang apabila melakukan kemaksiatan.

Kekurangan peringatan menyebabkan diri kita tersasar dari landasan sebenar. Lemah, malas untuk mengerjakan ibadah. Lalai dan leka dengan arus dunia. Setitik noda hitam akan bertampuk di hati lantaran tidak mendengar peringatan. Semakin lama, semakin hitam. Tegar memantul pancaran hidayah.

Apabila kita mengaku beriman, selayaknya kita diuji. Seperti mafhum sebuah hadith.

"Orang-orang soleh itu diberi ujian yang berat oleh Allah, kemudian orang yang hampir sedarjat dengan mereka, kemudian yang lebih rendah lagi dan seterusnya"

Sukarnya mujahadah menjaga hati. Ranjau berliku memenuhi jalan sempit yang membawa kepada kehidupan. Saya memohon sahabat-sahabat yang budiman untuk membantu memberi inspirasi untuk saya untuk terus beramal. Saya ingin kehidupan yang baik dan dikurniakan hati yang sejahtera. Amin

API DAN AIR




Alhamdulillah, ada juga ruang masa untuk berceloteh dalam ruangan blog. Kali ini berminat mengutarakan tentang api lawannya air. Pasti ada di antara kalian sudah mencongak, yang tajuk entri kali ini berkaitan marah. Syabas! Tepat sekali tekaan kalian.

Apabila rasa marah menguasai jasad, rasa panas semacam. Laksana api membakar dari dalam. Anggota terasa ringan untuk mengeluarkan jurus-jurus yang berbekas. Jika tidak zahir, batin sudah pasti terguris.

Betapa indahnya Islam, mengesyorkan umatnya supaya mengambil wuduk untuk memadamkan api kemarahan. Bahkan jika wuduk tidak berkesan, mandi boleh menjadi galang-gantinya.

Apabila sudah marah, pasti perasaan terluka. Sukar menyingkir pilu. Payah menyingkir lara. Akhirnya, rasa tidak sedap untuk bertentang mata. Ingin saya berkongsi 5 tips yang boleh dilakukan untuk merapatkan kembali tali ukhuwwah yang terbertas.

1) Salam. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah s.a.w diriwayatkan oleh Muslim "Mahukah kamu, saya beritahukan sesuatu tentang yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi? Budayakanlah ucapan salam diantara kamu. Malah, salam menyebabkan bertautnya 2 tangan. Dari salam, kita tahu adakah seseorang itu benar-benar mahu meminta maaf atau sebaliknya. Jika sambil lewa perbuatan salamnya, mungkin orang tersebut mahu menjaga reputasinya atau sebab yang lain.

2) Ta'am. Belanja makan. Siapa yang tidak suka dibelanja dan makan free? insyaAllah jika kita ikhlas, dengan makanan yang kita belanja itu, dapat melembutkan hati orang yang menjauhkan diri daripada kita.

3) Dirham. Memberi hadiah.

4) Kalam. Bertuturlah dengan lemah lembut. Namun, jika orang tersebut mula meninggikan suara, seelok-eloknya kita bercakap dengan nada yang sama dengannya. Dan, kemudian melembutkan suara kita, supaya orang itu nanti sedar perubahan tersebut.

5) Qiyam. Solat, sabar dan doa. Serahlah urusan kepada Tuhan kita. Allahlah yang membolak-balikkan hati kita. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.

Moga-moga, tips ini dapat kita sama-sama amalkan, untuk memperkukuh ukhuwwah atau merapatkan kembali persaudaraan yang telah regang. Amin.

Wednesday, August 12, 2009

Indahnya malam pertama kita

Indahnya malam pertama kita



Satu hal sebagai bahan renungan Kita...

Tuk merenungkan indahnya malam pertama

Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata

Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa



Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut

Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan

Mandipun...harus dimandikan

Seluruh badan Kita terbuka....

Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .

Tak ada sedikitpun rasa malu...

Seluruh badan digosok dan dibersihkan

Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan

Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....

Itulah jasad Kita waktu itu



Setelah dimandikan.. ,

Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih

Kain itu ...jarang orang mem akainya..

Karena sangat terkenal bernama Kafan

Wangian ditaburkan kebaju Kita...

Bahagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan

Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita

Keranda pelaminan... langsung disiapkan

Pengantin bersanding sendirian...



Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga

Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul

Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga

Serta rasa haru para handai taulan

Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir

Akad nikahnya bacaan talkin....

Berwalikan liang lahat..

Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan

Siraman air mawar.. pengantar akhir k erin duan



Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..

Menunggu dan ditinggal sendirian,

Tuk mem pertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..

Dite mani rayap-rayap dan cacing tanah

Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah tlah pergi....

Sang Malaikat lalu bertanya.

Kita tak tahu apakah akan mem peroleh Nikmat Kubur...

Ataukah Kita kan mem peroleh Siksa Kubur.....

Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....



Saya hampir mem buang email ini namun saya telah diberi kesabaran untuk

mem bacanya terus hingga ke akhir.



Tiap hari inilah yang kita lalui.... Susah vs. Senang. Dunia semu yang

mengasyikkan. . menyita perhatian kita. Sedangkan dunia nyata yang

menjemukan lupa kita isi dengan hal hal yang dapat menyinari jiwa yang

nantinya akan kita bawa kepada NYA.



Mengapa susah menerima kebenaran? Apakah karena kosongnya jiwa yang
tak
dapat terisi oleh kebenaran dan cahaya alam nyata?


Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke ''Malam Pertama Kita

interlaw sport community

9/8/09 aikol fest ada bt sport carnival...
my friend budak invite me to join them play futsal...
i really enjoy the event because the are match between other university n us...
kitorang masuk sampai final n dpt silver medal jer..tkpela kan at least dapat juga hadiah,..hehe...









ni gambar dgn players dari uum..

CARA BERSANGKA BAIK DALAM ISLAM

Perasaan hasad,dengki,ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Tak salah klu antara kita sesama Islam saling ingat mengingati

Sunday, August 9, 2009

konsert mlm nusantara opick

salam... cuma nk cite sket pasal mlm konsert opick.. mlm tu best sgt dpt gy tgk opick n devotees... lagu2 opick mmg menyentuh hati sb ianya berkaitan dgn islamic la... hope sape yg ada lagu opick leh kongsi ye...
video

Sunday, August 2, 2009

tinggallah......

Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri....

[FULL version in attachment, kayh?]

#lelaki idaman saya...

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan
Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat
jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya


***saya..
perlu seiring dengannya..
bersipa-sedia dari skarang..
Step by step..
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
(^_^)

Knapa lelaki beriman?
Kalau dia suka sama saya, syukur..
Kalau dia kurang suka pun, saya takkan dizalimi..

KASIH SAYANG, KEJAYAAN DAN KEKAYAAN

KASIH SAYANG, KEJAYAAN DAN KEKAYAAN



Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang dan berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya :

"Saya tidak fikir saya mengenali anda semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar.. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu".

"Adakah suami awak ada dirumah"?, mereka bertanya.

"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar".

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.



Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.

"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang"



Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama", mereka menjawab.

"Mengapa begitu"?, wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :

"Namanya ialah Kekayaan", Dia bangkit sambil menunjuk kearah kawan yang seorang lagi.

"Dia adalah Kejayaan dan saya adalah Kasih Sayang". Dia menyambung lagi,

"Sekarang masuklah ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke

dalam rumah".



Wanita itu masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya"!! dia berkata, "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita dengan kekayaan"!!

Isterinya bersetuju.



"Abg, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan"?Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari

satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangnya :

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang"!

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita tu", kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita".



Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua,

"Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan anda tetamu kami".



Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutnya. Terperanjat, wanita

itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kajayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali"?

Mereka semua menjawab : "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh

kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.



DIMANA ADA KASIH SAYANG, DISITU JUGA ADA KEKAYAAN DAN KEJAYAAN"!!





...::::RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL::::....

Wednesday, July 29, 2009

volunteer at zoo negara












sabtu 25hb julai ktorang ada prog kt zoo negara...jd volunteer...hehe...tp ktorang bt performance...ada budak2 cultural yg len turut sama jd volunteer...ada yg cuci kandang harimau la..gajah la,zirafah,beruang n semua la..then yg best bg beruang yg nama amoi mkn ubat...dia sakit....best la jg gy zoo...kalau ada peluang lg leh gy lg...tp kali ni tk nk bt performance la..letih kot sb kena jln byk tmpt..huhu...

Sunday, July 19, 2009

hangout at times....



















semalam aku, shida,kema, intan,nana n tiqah hangout together kt times...
best sgt ...ktorang kuar kul 11 sampai 10 mlm...mmg puas hati la...hehe...
sampai je kt sana kitorang trus gy mkn dl kt kfc then gy shopping kasut, beg, n mcm2 la...tp yang tk best tu masa nk gy shopping kasut tu tetiba aku terseliuh..sakit tu...sampai hari ni pun sakit lg...tp berbaloi la jg..hehe...then kitorang blik kt kl sentral n kitorang mkn kt secret recipe...sodap tu makanan dia...haha...
mmg best la dpt kuar ramai2 sb dh lama tk dpt nk hangout together...huhu

Tuesday, July 14, 2009

fikir2kanlah....

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....


Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga ......
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. . MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain...

Kamu juga yang akan MENYESAL....

Wednesday, July 8, 2009

thanks to all my brothers n sisters...

salam...
pertama sekali nk minta maaf byk2 kt sume sb lama menyepi..cuti 3 bln la katakan..bz sgt2 walaupun tk ambik s.sem dok kt rumah tp mmg sgt2 bz,..huhu...ni dh nk msk sem baru dh...means this sem tk dapat lg nk lunch sama2 dgn kak faza,abg fiza abg syuk, fairuz..huhu..gonna miss u guys...seriously i really miss u all ...to my abg2 abg fiza,abg syuk n abg syaz thanks ye sb byk bg support kt lin n sudi jadi abang yang sgt ambik berat kt diri ini...to my sisters kak aton,kak nana,kak paeja,kak faza n mgkin ada yg tk tersebut ur guys so happening n byk bg nasihat kt lin..to fairuz thanks sb byk bg tunjuk ajar n jadi sahabat...sebenarnya byk yang nk lin luahkan kt korang sume...tp tk terucap oleh kata...mgkin hanya ALLAH saja yang membalas jasa baik korang sume...hope our friendship forever n ever...jgn lupa lin kt sini...
mgkin satu hari nnt kita dapat berkumpul mcm dulu lg...sayang korang semua :-)

Sunday, April 26, 2009

going to PD

esok budak2 SUKSIS tahap 2 akan bertolak ke PD utk kursus etika...kami kt sana sampai jummat..huhu..lamanyer...to all my sisters,brothers and friends nnt kuar sama2 eh..hehe..miss all of u so much....

Wednesday, April 15, 2009

perpisahan itu mengajar kita erti rindu dan kenangan...

salam..
hmm...tak tau sebab ape tetiba rasa nk tulis sesuatu yg mgkin masa tulis ni perasaan sedih sangat...huhu...yela sabtu ni last paper tuk final exam utk sem ni..bg aku last paper utk sem ni la..tp bg kakak2 n abg2 aku ni last sem n last year diorang...huhu..waa...sedih sgt2 bila nnt sem yang akan dtg diorang dh tk ada kt sini lg...huhu...orang2 yang selalu n sentiasa bersama aku ketika aku sedih gembira...ntahla aku pun tk tau mcm ner nk hadapi masa akan dtg ni tanpa orang2 yang aku sayang...huhu...orang yang sering bagi aku nasihat dan selalu defend aku...waa.....ni dh tk tau dh kali ke berapa aku nagis bila pikir pasal ni....bak kata kak aton n akak paeja nampak je aku ni ganas tapi hati..hmmm hampeh...sensitif rupanya..ckp sket dh berair mata tu...huhu...nama je budak suksis yang orang kte tegas n garang tapi bila abg2 n kakak2 aku cakap jer hah mulala nangis...satu je kelemahan aku ni bila abg aku yang sorang ni terasa hati or bt ayat2 sentap n cakap jer apela lg jd drama queen la aku..ratu air mata kata abg aku yang sorang ni...huhu...n satu lg kelemahan aku ni bila dgn2 kakak2 n abg2 aku semua tula...waa....mcmner ni...tk tau nk hadapi perpisahan ni mcm ner....tp abg aku yg sorang ni ckp setiap pertemuan tu pasti ada perpisahan dan bl ada perpisahan adala rindu dan kenangan...huhu..i really miss u guys...n kenangan bersama2korang pasti ku kenang sampai bila2....
to my abg fiza n abg syuk all da best for your FYP n to kak faza n kak wawa semoga berjaya dlm apa jua bidang...to my friend fairuz all da best too...to kak nana, kak aton n abg syam hope sem yg tggl lg ni kita guna sebaik mungkin...to akak paezah semoga dpt keja permanent kt sini :-) harap dpt lunch sama2 lg nnt...klu ada rezeki n masa kita kuar ramai2 lg ye...huhu...ni nk nangis lg ni...huhu...tp nasib bek orang sblh tk perasan...huhu...waa.....

Wednesday, April 1, 2009

video2 masa MHI

video
video

best friend:-)


best friend is like puzzle pieces.
one missing it will never be complete again..

Friday, March 27, 2009

saje2..

video



saje je ni..hehe...

Monday, March 23, 2009

MHI TV3

salam...just nk gtau ari rabu ni 25/3/09 iium angklung group akn perform kt tv3 utk Malaysia Hari Ini(MHI)...to all friends jgn lupa tgk ye...:-)

Sunday, March 22, 2009

kata-kata hikmah buat diri

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."

Wahai hamba yang tekun beribadat di dua tanah haram, jika kau melihat kami, nescaya engkau akan mengetahui bahawa engkau sedang bermain dengan ibadatmu Sesiapa yang berlumuran air mata dipipinya, maka tengkuk - tengkuk kami pula berlumuran darah. Atau ada yang kudanya keletihan sia-sia, Sedang kuda kami keletihan di pagi hari. Kalian dipenuhi oleh bau wewangian, Sedangkan wewangian kami adalah debu-debu nan indah yang diterbangkan teracak kuda kejam dan gersang, serta debu. Kami dianugerahi untaian kata Nabi kami, Kalimat Shahih yang benar … bukan dusta. Tak ‘kan sama, debu yang bersarang di hidung hamba Allah, dengan asap neraka! … bukan dusta. Inilah Kitabullah, berucap kepada kami, Orang syahid tak pernah mati! … bukan dusta....

Wahai sahabatku..Andai Kau Jatuh Hati pada seseorang,pilihlah Hati Yang Senantiasa Dekat Kepada Allah Agar Hatimu tidak salah Memilih.Andai Kau Jatuh Cinta,Berikanlah Cintamu Pada Seseorang Yang Melabuhkan Cintanya Kepada Allah Agar Bertambah Kekuatanmu Untuk Mencintai Allah.Andai Kau Rindu,Rinduilah Seseorang Yang Merindui Syahid Di Jln Allah Agar Kau tidak lalai dari merindui syurga Allah Andai Kau Menyesal Kerana Pernah Jatuh Hati,Jatuh Cinta Dan Rindu Pada Seseorang,Bersyukurlah Kerana Kau Masih Berpeluang Untuk Jatuh Hati,Jatuh Cinta Dan Rindu Kepada Allah. ..

Seni Mutiara Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta, Mati satu tarikh tidak dapat ditunda Sesungguhnya mati jasad kerana roh,Mati roh kerana tiada ilmu, Mati ilmu kerana tiada amal dan mati amal kerana tiada istiqomah.Bila mata bertemu mata.Akan mula rasa kasih.Bila hati bertemu hati.. Akan mula rasa sayang. Tapi....bila dahi bertemu sejadah.. akan terasa kebesaran Ilahi. Agama menjadi sendi.Pengaruh menjadi penjaga.Kalau tidak bersendi runtuhlah dan kalau tidak berpenjaga maka tidak terserlahlah hayat kita

Masinnya Air laut tak mampu menyerap ke dalam isi Ikan, tapi bila ikan itu telah mati..secubit garam mampu memasinkannya.. Bagitulah hati, hati yang hidup sangat sukar dinodai.. tapi bila hati telah mati mudahnya dipengaruhi.. Moga Allah sentiasa memelihara hati kita.. Hati yang dipilih Allah untuk mendapat hidayahNya sudah tentu hati yang menyesali akan Dosa-Dosanya ..

Jangan Berputus Asa Janganlah berputus asa karena ia bukan akhlak kaum muslimin. Hakikat hari ini adalah impian hari kemarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Kesempatan masih luas dan unsur-unsur kebaikan masih kuat dan besar dalam jiwa kalian yang mukmin, meskipun tertutupi oleh berbagai fenomena kerusakan. Yang lemah tidak selamanya lemah, dan yang kuat tidak selamanya menjadi kuat. (Imam Hasan al-Banna)

Imam Shafie berbicara tentang persahabatan: “Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika duka melanda, aku sering bertanya, “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pula bertepuk tangan.

sometimes ALLAH breaks our spirit 2 save our soul. sometimes ALLAH breaks our heart 2 make us whole. sometimes ALLAH allows pain so we can be stronger. sometimes ALLAH sends us failure so we can be humble. sometimes ALLAH allows illness so we can take better care of ourselves. sometimes ALLAH takes everything away frm us so we can learn the value of everything he gaves us...


Friday, March 20, 2009

salam...
sj tulis....esok ada exam bertulis suksis..huhu..
tk tau nk jawab per sok...waa....n pastu kena bt presentation klas public personnel administration pl..huhu..
tp yg bestnyer sok ptg nk gy ukm...hehe...
hmm...
minggu ni minggu yg sgt2 bz bg aku..huhu...papepun kita enjoy ;-)

Wednesday, March 18, 2009

program menembak di Kuala Kubu Baru













salam....sebenarnya program ni masa bln february aritu tp pas prog tu tk sempat nk tlg kt blog ni..huhu.. tk pe la yg pnting kali ni tulis sb sj nk tunjuk gambar,,..hehe...
kitorang kt sana 2 hari..bertolak dari uia ari sabtu 21hb 2..sampai sana trus ke padang tembak utk acara menembak revolver .38 special...dlm acara ni kitorang diberi 20 butir peluru seorang..masa ni okla sb bunyi tembakan tk kuat sgt..tp tkt juga sb apepun bleh berlaku sb kitorang diberi peluru hidup..so mmg agak menakutkan jg la...
lepas semua selesai kitorang lunch n balik ke tmpt penginapan kt konpleks sukan KKB..ptg tu kitorang dibawa ke taman millenium utk aktiviti riadah..tmpt tu dkt dgn darul quran..mmg cantik pemandangan dia...
mlm pula ada aktiviti2 utk release tension...ha...22hb pula kitorang ada acara M16...ini yang paling menakutkan..
mmg gementar la..sbnyer bunyi lg kuat.....
mmg pekak telinga dibuatnya..mane tk pekak sb sorang kena tembak 30 butir peluru..jadi kitorang satu skuad ada 54 orang..hmmm 30 x54=1620
itu skuad je blm lg jurulatih2 sume..hmmm....pas abis menembak kitorang lunch n then trus bertolak blik uia...dh tu mlm tu ada exab midterm arab...haha...memeng tk sempat study pun..tp alhamdulillah dpt highest mark jg..hehe...
mmg sgt penat tp pepun mmg best program tu...











Saturday, March 14, 2009

letihnye...

waa..mggu ni memang sgt memenatkan..huhu..
ada 4 asggmnt nk kena anta..dh tu mmgu ni ada ujian kawad....
Alhamdulillah dh lepas pun td..ada ke kwn2 cakap masa aku bg arahan muka sgt garang..haha...
nk gelak besar aku dibuatnya..tp pape pun dh pun abis ujian kawad dh..next week tggl ujian bertulis je..hmm..tk sangka dh pun nk abis sem ni...cepat betul masa berlalu..
isnin ni kena jadi pengawal keselamatan pula..maklum la PM ngan Sultan nk datang..hm..
best jg sb konvoi ngan moto..hehe...hmm...
kehidupan sebagai student ni mmg memenatkan tp waktu sekarang la nk cari byk pengalaman pun...rasanya lega sket bila sesuatu keja tu dh disiapkan...

Wednesday, February 4, 2009

yakinlah pada janji ALLAH

jodoh-pertemuan-yang-mana-menjadi-pilihan

"aku masih belum menemui teman yang sesuai utk diri ini..'keluh seorang pemuda.."
“Camne ye, aku tak jumpa r yang betul-betul baik kat sini, dengan kata lain, tak berkenan kat hati aku…” keluh seorang lagi.."
Saban hari, pasti ada di antara kita yang mendengar keluhan-keluhan sebegini menari-nari di telinga kita. Seorang pemuda berusaha mencari ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan seorang teman hidup, tetapi disebabkan terlebih mencari, sehingga lupa tentang persiapan diri. Seorang pemudi pula mengharapkan seseorang yang sudi menjadi teman dikala sepi, penyempurna iman pada diri, dengan itu juga mencari, tercari-cari sehingga lupa bahawa diri masih tiada persiapan lagi. Akibatnya, keluhan sahaja yang saban hari menyusul dan menyusul.
Kekecewaan dalam mencari menyebakan ada yang sanggup buang jati diri, yang selama ini menjadi benteng dan juga maruah diri. Terus diambil yang mana dirasa boleh mengisi kekosongan hati. Tanpa usul periksa agama empunya diri. Hanyut, hanyut bersama dunia sendiri. Hanyut dengan perasaan dan hati. Sehingga sudah tidak boleh memikirkan realiti dan mimpi.
Mengapa Menjadi Lebih Baik dari Mencari ?
Mungkin aku bukanlah yang paling layak untuk bercerita tentang bab ini, tetapi apa yang telah dilalui sedikit sebanyak boleh sama-sama dikongsi untuk kebaikan bersama. Seorang lelaki , pemuda khususnya, tanyalah sesiapa yang digelar pemuda, jika ditanya tentang jodoh, pasti mereka akan menjawab mahukan isteri yang solehah, yang tahu jaga diri, yang pandai jaga hati mereka, yang cantik akhlak, yang tahu agama agar boleh bimbing mereka jika tersalah langkah. Aku tidak katakan semua yang mahukan semua pemuda mahukan ciri-ciri ini, tetapi majoriti, jika ditanya jauh di sudut hati pasti akan terbit jawapan-jawapan ini...

begitu juga dengan pemudi bila ditanya ttg jodoh pasti jawapan mahukan suami yang soleh,bertanggungjawab dan penyayang serta yang boleh membimbing diri dan keluarga dan juga menjadi ketua keluarga yang sempurna..
Memang susah untuk mencari golongan-golongan yang begini, calon-calon yang kita impikan. Tetapi jika sifat-sifat yang diimpikan pada pasangan itu kita terapkan pada diri, Mahukan yang solehah, berusaha menjadi soleh, mahukan yang soleh,jadilah solehah,mahukan yang pandai menjaga hati kita, kita berusaha menjaga hati orang-orang disekeliling kita, bila kita betul-betul berusaha ke arah kebaikan, pasti tidak susah dalam menemukan orang yang dicari. Banyak terjadi apabila ada pemuda sudah berjumpa dengan pilihan hati, yang ada ciri-ciri, tetapi ditolak mentah-mentah kerana sifat diri yang tidak disukai, sifat suka menyakiti hati orang-orang terdekat menyebabkan sifat itu menjadi buah mulut orang , dan meneybabkan orang tawar hati untuk mendampingi seseorang, walaupun dia ada harta, ada muka, ada keturunan, tapi bila akhlak tiada, runtuh sebuah harga.
Sebutlah buah durian, pasti ramai yang tahu kesedapannya dan keenakannya. Dengan kesusahan untuk mendapatkan isinya, sudahlah buahnya tinggi di atas pokok, bila sudah jatuh, terpaksa pula menghadapi duri-durinya sampaikan ada yang terluka jika tidak tahu membuka isinya. Dari luar dilihat sangat hebat, tetapi bila sudah dibuka isinya , sudah busuk , pasti akan ditinggalkan begitu sahaja. Begitulah perumpaan bagi pemuda yang hebat,yang punya harta , muka, keturunan, tetapi jika akhlak tiada, pasti tiada siapa yang suka. Maka akan ditolak mentah-mentah segala yang datang darinya.
Bagaimana menjadi?
“aku kecewa la dengan muslimat ni, aku tak jumpa yang berkenan, ada tu, nampak baik tapi mulut laser, ade tu pulak macam menjaga bila depan kita, tapi last-last tau perangai dia, langsung tawar..”
“Ade je yang betul-betul baik. Cuma mungkin yang kau nampak yang ni je, sebab tu tak jumpa. Ramai muslimat kat atas muka bumi ni, kalau tak kat sini kat tempat lain. Usahakan menjadi, dalam menjadi ni, dua syarat utama yang insyaallah, boleh membantu. Petama, tundukkan pandangan ko, kurangkan mata tu melilau-lilau dengan wanita, nampak aurat orang, usaha palingkan, kernaa bila kita jaga pandangan mata ni, hati kita akan terjaga, bila hati terjaga dan bersih, masa tu kau boleh bezakan akan hak dan batil. Kedua, banyakkan puasa. Bila datang je ‘perasaan’ tu, puasalah, insyaallah, ia sedikit sebanyak membantu. Kerana ini pesan Nabi, bila Nabi pesan, banyak terkandung barakah dia. Dan bila makan tu, jangan selalu penuh atau berlebih-lebihan. Jaga makanan yang masuk perut tu. Dua ni cuba amalkan, dan yang lain-lain akan menyusul kemudian.”
Insyaallah, bila dua benda ni terjaga, kita akan dapat rasa nikmatnya ibadah tu. Untuk apa nak dapat nikmah beribadah ?
bila kita dah rasa nikmat ibadah, maka hati kita akan merasa sendiri cinta Tuhan itu tidak bertepi. Dan perasaan yakin akan datang pada kita, bahawa kita ni adalah milik Tuhan, jika kita berusaha mencintai Tuhan , maka Dia sendiri akan memberi orang yang juga mencintaiNYA kepada kita.Dan orang yang mencintai Tuhan, mendahulukan Tuhan dalam segala hal, adalah orang yang bertanggungjawab dalam hal dunia dan akhirat, dan yang pasti merupakan orang yang baik, soleh ,solehah dan muslih(menjadikan orang lain turut soleh). Itu suatu janji yang pasti.
Apa Kesudahannya?
Kerana apa kita bersusah-susah dahulu itu semua ini?..Kerana inilah janji Tuhan, “sesungguhnya setiap kesusahan pasti akan disusuli dengan kesenangan. Sesungguh-sungguhnya (Demi) setiap kesusahan pasti ada kesenangan”… Bila kita berusaha menjadi, dan sudah sampai masa untuk diri melangkah setapak dalam mencari redha Ilahi, disitu kita akan melihat rahmat disebalik kesemua kessusahan ini. Dengan bermula dengan mudahnya penerimaan orang yang dipinang, kemesraan ibu bapa sebelah sana, dan yang terpenting , mahar dan hantaran yang tidak membebankan , hanya cukup sebagai syarat sahaja. Ketika melihat hantaran inilah, jika kita melihat orang yang tidak menjaga diri sebelum itu, pasti pening apabila melihat harga hantaran yang terlalu menyiksa diri. Dimanakah mahu dicari duit sebanyak itu?..Jika tiada, maksudnya melepas si dia, sehinnga dia melihat bahawa perkahwinan itu umpama membeli si gadis dari keluarganya. Keresahan inilah yang sering membelenggu remaja-remaja.
Tetapi jika melihat kepada orang-orang yang menjaga diri mereka, dalam segala hal, perkahwinan mereka cukup lancar, mahar yang tidak terlalu rendah , dan hantaran yang tidak menyesakkan dada.Betul-betul dilihat bahawa perkahwinan penyempurna iman. Alhasil kita melihat, keluarga yang dibina, betul-betul boleh dilihat hasil ketenangan, kedamaian kerana keturunan yang dihasilkan betul-betul bermanfaat bukan sahaja untuk keluarga tetapi masyarakat juga sejuk dan gembira dengan kehadiran mereka. Kejayaan dalam keluarga inilah yang menjadi penentu di mana akhir kehidupan kita.

yakinlah pada janji ALLAH; 24:26

Saturday, January 24, 2009

bila dikhianati oleh orang yang rapat dengan kita

bila dikhianati oleh orang rapat dengan kita

apabila menulis blog ni hati ini terasa amat pedih dan sakit bila mengenangkan perkara yang telah berlaku…namun apa yang dapaat diri ini lakukan utk mengubati luka itu…mengapa perkara itu harus terjadi pada diri ini?…namun bl direnungkan mgkin ini adalah ujian dari ALLAH utk menguji kesabaran hambaNYA..
betapa sakit rasanya bila orang yang rapat dgn kita telah mengkhianati diri ini…mengapa mereka sanggup bt begitu pada diri ini?mengapa…ya ALLAH, tidak ku sangka orang yang aku telah aggap sebagai adik dan juga seorang sahabat telah melukai hatiku ini…
mengapa perlu menyembunyikan perkara itu…andai adik dan “abg “telah menjadi seorang kekasih mengapa perlu sembunyikan perkara itu..mengapa perlu gunakan diri ini sebagai cara utk kamu melindungi hubungan itu…ya ALLAH bukan niat diri ini utk mendoakan yang tidak baik utk mereka tp sanggup mereka bina kebahgiaan atas kesedihan orang lain…sanggup kah seorang adik melihat hati kakaknya dilukai oleh perbuatan adik sendiri
..

adik,
kakak sayangkan adik mcm adik akak sendiri..tp mengapa adik sanggup lukakan hati kakak..mengapa adik…andai adik memang menyayangi dia lebih dari seorang abg mengapa adik tidak memberitahu kakak tentang itu..mengapa adik tidak memberitahu kakak yang adik telah mempunyai hubungan dgn dia…

sahabat,
bukan niat utk memburukkan dirimu…dan bukan sebab diri ini cemburu dgn hubunganmu namun diri ini tidak menyangka apa yang berlaku…mengapa harus menipu diri ini…mengapa kamu tidak berterus terang dgn diri ini bahawa kamu menyukai dia..dulu aku pernah tny kamu namun kenapa kamu menafikannya…kenapa kamu sanngup gunakan diri ini sebagai tempat utk kamu bersama bukan diri ini cemburu dgn hubungan kamu tp aku kecewa kerana kamu merahsiakan daripadaku dan kamu bt diri terasa dikhianati sedangkan dirimu tahu diri ini rapat dengannya..mengapa perlu jadi begini…
,


ya ALLAH,
sesungguhnya aku bersyukur kerana engkau telah memberi aku peluang melihat sendiri apa yang berlaku..mungkin ada hikmah atas apa yang berlaku…sekiranya aku tidak melihat tempoh hari mungkin aku masih tidak sedar apa yang telah berlaku…
sesungguhnya aku tidak menyangka orang yang selama ini ku anggap sangat baik telah bt perkara yang agak mengejutkan…orang yang selama ini semua orang respect telah bt satu perkara yang aku sendiri tidak menyangka…
ya ALLAH,bnarlah walau sekuat mana seorang lelaki itu namun dia rebah kerana wanita…
ya ALLAH, semoga mereka akan sedar apa yang mereka telah lakukan…ku mohon diberikan kekuatan utk ku hadapi dugaan ini…
aku harus menghadapinya walaupun pahit dan sakit…hanya satu yang ku pinta moga ditemukan dengan seseorang yang benar memahami dan menyayangi diri ini…andai tidak ada cinta lelaki utk ku cukuplah cintaMU sentiasa dekat dgn diri ini…
Ya ALLAH, tabahkan hatiku dan teguhkan imanku agar aku tidak akan mudah lemah dalam menghadapi ujian ini….
sesungguhnya diri ini terasa sakit yang teramat kerana telah dikhianati oleh orang yang paling rapat namun hidup perlu diteruskan..semoga diri ini mampu terus berdiri dan hadapi dgn tabah..akan ku jadikan perkara yang berlaku sebagai pengajaran agar tidak mudah mempercayai seseorang…