Thursday, January 14, 2010

matric

dh lama tk update blog..ni video masa show kt matrik pj..rindu giler ar kt matrik pj..hehe..

Thursday, January 7, 2010

JoDoh....mEsTiKah diKejAr...

JoDoh....mEsTiKah diKejAr...

Timur ke barat selatan ke utara….
Tak juga aku berjumpa…..
Dari musim durian hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh Tuhan inikah cubaan…..

Ermmm..sebuah cubaan..
Cubaan yang semestinyer untuk kite lbh mendekatkan diri padaNYA…Memohon dan berharap sesuatu yang baik dari Sang Pencipta tiada salah dan di antara tanda kasih sayang dan rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah Dia tidak mewujudkan sebarang halangan untuk seorang hamba memohon kepada-Nya.
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk (surah al-Baqarah: 186).
Demikian, Allah itu sentiasa hampir dengan kita, mendengar dan memperkenankan doa kita. Sesiapapun boleh sampai kepada-Nya. Tiada pengawal atau orang tengah yang menghalang seorang hamba untuk merintih dan merayu kepada Tuhannya. Siapapun hamba itu. Apa pun bangsanya dan apa pun bahasa doanya. Apa pun sejarah buruk dan baiknya. Tuhan sentiasa sudi mendengar lalu memustajabkan pemohonan mereka dengan cara yang dikehendaki-Nya. Bertambah banyak hajat dan permohonan seorang hamba, bertambah kasih dan dekat Allah kepadanya.




bersangka baik pada Sang Pencipta itulah tanggungjawap sebagai hambaNYA

Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Komenku:semua org pun bleh tau lagu nie..CARI JODOH-Wali Band..mcm desperate je lirik nie.
Bila baca al kisah di bawah dari sebuah laman web halaqah ader bnyak ibrah yang dapat dikutip..
"Oh.. ibu, usiaku sudah lanjut, na¬mun belum datang seorang pemuda pun memi-nangku...? Apakah aku akan menjadi perawan seumur hidup?" Kira-kira begitulah keluhan seorang gadis Mekah yang berasal dari Bani Ma'zhum yang kaya raya.

Mendengar rintihan si anak, ibunya yang teramat kasih dan sayangkan anaknya lantas kelam kabut ke sana ke mari untuk mencari jodoh buat sI puteri. Pelbagai ahli nujum dan dukun ditemuinya, ia tidak peduli berapa saja wang yang harus keluar dari saku, yang penting anaknya yang cuma seorang itu dapat bertemu jodoh.

Namun sayang usaha si ibu tidak juga menam¬pakkan buahnya. Buktinya, janji-janji sang dukun cuma bualan kosong belaka. Sekian lama mereka menunggu jejaka datang melamar, sedangkan yang ditunggu tidak pernah nam¬pak batang hidungnya. Melihat keadaan ini tentu saja gadis Bani Ma'zhum yang bernama Rithah AI-Hamqa men¬jadi semakin bermuram durja, tidak ada kerja lain yang diperbuatnya setiap hari kecuali mengadap di depan cermin untuk memandang diri sambil terus bertanya-tanya, "Mengapa sampai hari ini tidak kunjung datang juga seseorang yang akan mengahwiniku?"

Penantian jodoh yang ditunggu-tunggu Rithah ak¬hirnya tamat tatkala ibu saudaranya yang berasal dari luar daerah berkunjung ke rumah mereka dengan membawa jejaka tampan. Akhirnya Rithah yang telah lanjut usia pun menikah dengan jejaka yang muda rupawan. Kenapa si pemuda itu ber¬sedia menikahi gadis Bani Ma'zhum yang telah tua itu..? Oh… ternyata ada udang di sebalik batu. Rupa-rupanya jejaka rupawan yang miskin itu hanya menginginkan keka¬yaan Rithah yang melimpah ruah. Sebaik sahaja sijejaka telah berha¬sil menggunakan sebahagian harta Rithah ia pun pergi tanpa pe¬san dan kesan.... Dan tinggallah kini Rithah seorang diri, menangisi pemergi¬an suami yang tidak tentu ke mana perginya. Kesedihan dan kemurungan¬nya dilepaskan Rithah dengan membeli be¬ratus-ratus buku benang untuk di¬pintal (ditenun), setelah jadi hasil tenunannya, wanita itu mencerai beraikan lagi men¬jadi benang. Lalu ia tenun lagi dan ia cerai beraikan lagi. Be¬gitulah seterusnya ia jalani sisa-sisa hidupnya. Sesuailah kata-kata jahiliyyah mengata¬kan, Asmara boleh membuat orang jadi gila sasau." (tentu bagi orang-orang yang tidak memiliki iman).Iman jualah pokok pangkal sesuatu perkara.

Al-Qur'anul Karim meng¬abadikan kisah gadis Bani Ma'¬zhum ini dalam surat An-NahI ayat 29, "Dan janganlah kamu seperti perempuan yang meng¬uraikan benangnya yang su¬dah dipintal dengan kuat men¬jadi bercerai-berai kembali..." Yang dimaksud Al-Qur'an dengan 'wanita pengu¬rai benang yang telah dipintal' tidak lain adalah Rithah Al¬Hamqa. Dalam ayat tersebut Allah melarang kita berkelakuan seperti Rithah dalam menghadapi masalah jodoh. Namun demikian banyak ibrah yang dapat kita petik dari episod gadis kaya keturunan Bani Ma'zhum ter¬sebut.

Kisah Rithah mengajar kita bahawa jodoh sebenarnya merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat di¬hindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita su¬dah teramat sangat ingin men¬dapatkannya. Bukankah Rasul pun telah bersabda: "Ketika di¬tiupkan ruh pada anak manu¬sia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetap¬kan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat". Kerana Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau seperti Rithah. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang sendiri.

Episod Rithah juga mengajar kita un¬tuk melakukan ikhtiar (usaha) dalam mencapai cita-cita. Ka¬lau ibu Rithah menda¬tangi berbagai ahli nujum agar anaknya berhasil mendapat¬kan jodoh, bagi kita tentunya mendatangi Al-Mujub (yang Maha Pengabul doa) agar tujuan kita tercapai.
Allah sen¬diri telah berfirman: "Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. "(QS. 2:186) Dengan ayat tersebut Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya bahawa setiap doa yang disampaikan padaNya akan dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkir janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Da¬wud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa, "Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa".

lbrah berikutnya yang dapat kita petik, ialah memu¬puk sikap 'sabar' dalam meng-hadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah sema¬kin senja. Firman Allah dalam Surah AI-Baqarah ayat 45, "Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu', iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya".

Sabar dan solat akan selalu membentengi kita dari desakan orang sekeliling dan godaan syaitan yang berharap kita salah langkah dalam ma¬salah jodoh ini. Masalah ini banyak ditanggung oleh saudara-saudara kita yang sudah layak nikah namun belum ada juga ikhwah yang datang meminang merupakan ujian yang - wallahu a'lam - sesuai dengan ketetapan Allah. Banyak kisah nyata bahawa resah gelisah dan tidak sabar dalam ma¬salah jodoh malah mem¬buat kehidupan selepas per¬nikahan jadi tidak seindah semasa masih bujang.

Di samping itu kita pun harus tetap men¬jaga kemur¬nian niat kita untuk menikah. Motivasi usia yang semakin senja serta tidak tahan mendengar umpatan orang sekitar harus secepatnya dihilangkan. ltu semua tidak akan menghasilkan suatu rumahtangga Islami yang kita harapkan. Ini adalah kerana kekukuhan rumahtangga kita seiring de¬ngan kuatnya landasan iman dan niat ikhlas kita. Sungguh beruntung se¬kali menjadi orang-orang muk¬min. Tatkala mendapat ujian (termasuk jodoh) ia akan ber¬sabar maka sabarnya menjadi kebaikan baginya. Dan ketika mendapat nikmat ia bersyukur, maka kesyukurannya itu men¬jadi baik pula baginya.

Kisah gadis Bani Ma'zhum itu juga memberikan nasihat pada manusia di zaman kemudiannya bahawa jodoh merupakan amanah Allah. Amanah yang hanya akan diberikan pada seseorang yang dianggap te¬lah mampu memikulnya kerana amanah merupakan se¬suatu yang harus dipelihara dengan baik dan dipertanggungjawabkan. Manakala kita belum dikurniai amanah jodoh oleh Allah, mungkin belum waktunya untuk kita memikul amanah tersebut. Si¬kap kita yang paling baik da¬lam hal ini adalah sentiasa bersangka baik (husnudzon) kepadaNya. Kerana sesuatu yang kita cintai atau sesuatu yang kita anggap baik (jodoh) belum tentu baik bagi kita menurut Allah. Begitu pula sebaliknya sesuatu yang kita anggap buruk bagi diri kita belum tentu buruk menurut ilmu Allah. "Boleh jadi kamu rnencintai sesuatu padahal se¬suatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak menge¬tahui sedangkan Allah Maha Mengetahui" (QS. 2:216)

Akhir sekali kisah Rithah mem¬berikan ibrah kepada kita untuk mengarahkan cinta (mahabbah) tertinggi kita kepada yang memang berhak memilikinya. Cinta Rithah yang begitu tinggi diarahkan kepada makhluk (suaminya), hingga membuat ia 'gila sasau'. Bagi kita tentu cinta yang tertinggi itu hanya patut dipersembahkan buat yang Maha A'la pula (Khaliq). Bukankah salah satu ciri mukmin adalah asyaddu huballillah ada¬pun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah (asyaddu huballillah).. " (QS. 2:165). Jika arah cinta kita sudah benar, maka yakinlah Allah SWT tidak akan mengabaikan kehidupan kita.

Seorang penyair dari Seberang yang terkenal Khairil Anwar pernah menulis puisi:

Tuhanku
Dalam termangu, aku masih menyebut namaMu
Walau susah
sungguh
Mengingat kau penuh seluruh
Tuhanku
Aku hilang bentuk
Remuk
Tuhanku
Di pintuMu aku mengetuk
Aku tidak bisa berpaling

(dari petikan puisi 'DOA' - Khairil Anwar)

p/s:Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. bila susah, bersolatlah…dan mintak dengan Allah hati yang bersabar… Dan sudah menjadi janji Allah untuk menghapuskan kesusahan kamu selepas kamu bersabar.Ape yang dikongsi tiadalah berkaitan dgn diriku,org terdekat atau sapa2.just perkongsian sebuah cerita yang bleh dibaca bersama.InsyaAllah.
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (surah Ghafir: 60).

Monday, January 4, 2010

kehidupan hanya pinjaman

tatkala membaca blog sahabatku mawaddah dan hafiz..sungguh betapa tabah mereka berdua menghadapi ujian itu..saat membaca entri mereka airmata tk berhenti mengalir..betapa ku sedar dunia ini hny sementara,...yakinla sahabatku ukasyah pasti menunngu kalian di syurga...

Langkah Ke Syurga

Posted by Hafiz & Mawaddah at 11:46 AM
Labels: `Ukasyah Ahlul Jannah, cahaya mata, cinta, my family

Sungguh.

Inilah entri yang paling berat untuk ayah tulis dalam blog mujahid kesayangan ayah ini.

Terpaksa mengingat kembali detik-detik terakhir `Ukasyah bersama ummi ayah di dunia ini menuju kebahagiaan hakiki. Semoga menjadi tauladan dan pengajaran kepada insan lain supaya menghargai nikmat sementara pinjaman Ilahi.

13 Disember 2009 (Ahad)

Sehari sebelum perginya `Ukasyah tersayang ke syurga.

`Ukasyah menjadi sangat manja dengan ummi sepanjang hari ini. Tidak boleh ditinggalkan ummi walaupun sekejap. Jika tidak, akan terdengar tangisan manjanya. Dia ingin selalu ummi dekat dengannya dan tidak mahu berenggang. Dan apabila memandang ummi, seperti ada sesuatu yang ingin dikatakan kepada ummi. Pandangan yang penuh kasih sayang dan manja. Bagai mahu berterima kasih dan menyatakan cintanya pada ummi.

Ayah pun tidak mampu menghentikan tangisan anak soleh ini. Hanya ummi.

Dan hari ini jugalah `Ukasyah berbual-bual mesra dengan ayah dalam waktu yang cukup lama hingga sempat ummi merakamnya.

14 Disember 2009 (Isnin)

Senyum.

Itulah perkara pertama `Ukasyah hadiahkan buat ummi ayah setiap pagi. Mujahid ayah ni sungguh ceria di pagi hari dan tidak pernah jemu mengukir senyuman di bibir.

Dan pagi ini merupakan kali pertama `Ukasyah tidak tidur sewaktu dihantar ke nurseri. Selalunya dia akan tidur sebaik masuk ke kereta. Entah kenapa kelakuannya berlainan dari biasa. Dia sibuk memandang ke luar kereta sepanjang perjalanan ke sana. Memandang dengan sepenuh perhatian tanpa menghiraukan teguran ayah. Seperti ada sesuatu yang sangat menarik perhatiannya.

Mungkinkah ia sesuatu yang sangat indah dan menawan hati `Ukasyah?

Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Ayah menjemput ummi di JHC dalam pukul 4.30 petang. Kami terus ke rumah dengan niat ingin membersihkan rumah sebelum menjemput `Ukasyah. Mengelap meja, menukar cadar dan membersihkan habuk di bilik. Ummi ayah hanya ingin memberikan yang terbaik buatmu sayang. Supaya `Ukasyah tidak sakit dan selesa bila di rumah. Dan dapat menumpukan sepenuh perhatian padamu tanpa gangguan.

Selesai segala urusan, kami pergi ke nursery dalam pukul 5.30 petang untuk menjemput `Ukasyah. Ummi berulang-kali menyatakan kerinduan pada buah hati kami ini. Bagai sudah lama tidak berjumpa dengannya.

Setibanya di sana, ummi dan ayah menunggu di muka pintu nurseri untuk mengambil `Ukasyah dengan perasaan penuh gembira. Masa yang lama untuk mengambil `Ukasyah membuatkan hati ayah tidak tenteram. Terdetik sesuatu yang buruk telah terjadi.

Semua pengasuh tidak mahu mengambil `Ukasyah dan kami dipanggil masuk ke dalam. Ummi terus meluru laju ke dalam bilik dan melihat anak kesayangan kami ini tertiarap dengan badannya dibedung. Tidak bernafas mahupun mempunyai nadi.

Ya Allah!! Hanya Dia yang mengetahui perasaan ummi ayah ketika itu.

Berulang-kali namamu `Ukasyah dipanggil dengan tangisan air mata. Dengan perasaan sedih dan sedikit kekuatan yang ada, ummi melakukan CPR untuk `Ukasyah tetapi terhalang dengan cecair dalam paru-parunya. Tubuh kecil ini diterbalikkan untuk mengeluarkan cecair tersebut tetapi hanya sedikit yang berjaya dikeluarkan. Cecair putih iaitu susu ummi bercampur sedikit darah.

Ayah menelefon ambulan untuk membawa `Ukasyah ke hospital tetapi dinasihatkan untuk membawa `Ukasyah dengan kenderaan sendiri kerana dikhuatiri lambat sampai ke hospital.

Dengan hati yang sedih dan pilu, kami memecut kereta ke hospital dan berharap `Ukasyah mampu diselamatkan. Berharap penyejuk mata ayah ini tersenyum kembali.

Sampai di wad kecemasan, `Ukasyah terus dimasukkan ke sana dan doktor bertungkus lumus melakukan prosedur yang sepatutnya. Ummi ayah terus berharap dan berdoa agar `Ukasyah mampu bernafas semula. Air mata ummi tidak berhenti mengalir dan kami berdoa dengan penuh pengharapan. Berharap segala yang terbaik buat kami berdua. Terbaik juga buat `Ukasyah tersayang.

6.30 petang. Doktor yang merawat `Ukasyah memanggil ummi ayah masuk ke wad kecemasan. Peluang untuk `Ukasyah diselamatkan hanyalah 50:50 dan ada suatu ketika denyut nadi `Ukasyah terlihat pada skrin tetapi tidak bertahan lama. Banyak susu yang dikeluarkan dari paru-paru anak tersayang ini dan masa satu jam diberikan untuk tubuh anak kecil bertindak balas dengan ubat yang disuntik.

Ummi ayah cuba bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi walaupun ia pahit untuk dihadapi.

Seandainya `Ukasyah mampu diselamatkan, maka kami sangat bersyukur pada yang Maha Berkuasa. Dan sekiranya ia menjadi detik perginya `Ukasyah, maka kami redha dengan ketentuanNya. Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik perancang dan ummi ayah hanyalah mampu memberikan yang terbaik buatmu.

7.00 malam. Ditakdirkan `Ukasyah meninggalkan ummi ayah di dunia ini selama-lamanya menuju ke sebaik-baik tempat kembali. Dijemput Allah yang lebih menyayangi dirimu yang tulus suci. Melebihi kasih sayang yang ummi ayah curahkan buatmu anakku.

Sesungguhnya Allah menguji hamba-hambaNya yang terpilih dan ummi ayah telah menjadi insan yang dipilih. Memiliki anak yang telah pun memasuki syurga yang indah dan menunggu ummi ayah di pintu syurga dengan penuh kerinduan.

Ya Allah, pemudahkanlah kami memasuki syurgaMu nan indah dan pertemukan kami kembali dengan anak kesayangan kami `Ukasyah di dalam syurgaMu yang kekal abadi.



.اَللَّهُمَّ اجْعَلْهُ فَرَطًا وَذُخْرًا لِوَالِدَيْهِ، وَشَفِيْعًا مُجَابًا
اَللَّهُمَّ ثَقِّلْ بِهِ مَوَازِيْنَهُمَا وَأَعْظِمْ بِهِ أُجُوْرَهُمَا، وَأَلْحِقْهُ بِصَالِحِ
الْمُؤْمِنِيْنَ، وَاجْعَلْهُ فِيْ آَفَالَةِ إِبْرَاهِيْمَ، وَقِهِ بِرَحْمَتِكَ عَذَابَ
الْجَحِيْمِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ،
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لأَسْلاَفِنَا، وَأَفْرَاطِنَا وَمَنْ سَبَقَنَا بِاْلإِيْمَانِ



“Ya Allah! Jadikanlah kematian anak ini sebagai pahala pendahulu dan simpanan bagi kedua orang tuanya dan pemberi syafaat yang dikabulkan doanya. Ya Allah! Dengan musibah ini, beratkanlah timbangan perbuatan mereka dan berilah pahala yang agung. Anak ini kumpulkan dengan orang-orang yang shalih dan jadikanlah dia dipelihara oleh Nabi Ibrahim. Peliharalah dia dengan rahmatMu dari siksaan Neraka Jahim. Berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga (di Syurga) yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia). Ya Allah, ampunilah pendahulu-pendahulu kami, anak-anak kami, dan orang-orang yang mendahului kami dalam keimanan”
(Al-Mughni, karya Ibnu Qudamah 3/416 dan Ad-Durusul Muhimmah li ‘Aammatil Ummah, oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz)