Saturday, September 20, 2008

kembali kepada CINTA yang Hakiki

tidak pernah kuduga diri ini akak jatuh cinta pada seseorang begitu rupa…bukan dulu ku tk pernah bercinta,namun ku sendiri tidak mengerti perasaan ku pada dirinya…perasaan yg ku sendiri tidak mengerti mengapa diri ini boleh jatuh cinta padanya…sesungguhnya takdir pertemuan itu telah ALLAH tentukan dan setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya yg baik dan indah…

tidak kusangka pertemuan dan persahabatan dengan dirinya telah membuat diri ini menjadi lebih tabah…Ya ALLAH,sesungguhnya aku bersyukur kepadaMU kerana telah mempertemukan aku dgn seseorang yang telah membuatkan aku lebih dkt padaMU walaupun dirinya tidak pernah tahu apa yang aku rasa…dan aku juga bersyukur dgn nikmah hidayahMU yang sgt bernilai…

sesungguhnya dalam setiap dugaan dan cabaran itu ada hikmah yang tersembunyi..tidak kuduga dengan dugaan dalam mencari cinta itu,telah membuatkan aku tersedar bahawa yang perlu dan utama ialah CINTA yang hakiki..Ya ALLAH,syukur dan sujudku kepadaMU kerana telah menyedarkan aku..kini aku telah mengerti dan menemui CINTA itu…CINTA yang memberi ketenangan yang tidak kuduga…benarlah apa yang dikata,andai mencintai seseorang kerana ALLAH pasti cinta itu mendekatkan kita padaNYA…dan cinta itu pasti tidak sia2 walaupun mungkin cinta itu tk terbalas tetapi kita dapat CINTA yang abadi…walaupun cinta ku ini tidak terbalas namun ku tetap yakin pada CINTA ALLAH yang tidak pernah hilang dan sentiasa ada bersama hamba2NYA selagi kita memohon kepadaNYA…

dulu pernah diri ini ingin berputus asa utk terus mengharap pada cinta dari dia namun,apabila diri kembali kepadaNYA,barula kusedari bahawa ALLAH sentiasa bersama org2 yang sabar dalam menghadapi dugaan itu kerana dlm hidup ini ALLAH pasti akan menguji hamba2NYA dng dugaan utk melihat sekuat mana dan setinggi mana tahap kesabaran hambaNYA yang diuji itu…pernah orang bertanya pada diri ini sampai bila diri ini mahu menunggu sesuatu yang tidak pasti jawapannya…aku sendiri tidak pasti sampai bila aku harus menunggu,namun aku tetap yakin pada janji ALLAH…selagi ALLAH tetapkan hati ini utknya,aku akan terus menanti dan biarlah cintaku ini kerana Yang MAHA ESA….

walau apa jua masalah yang melanda,apa jua dugaan dan rintangan tiba,kembalilah pada ALLAH kerana setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya dan pasti ada jalan penyelesaiannya..yang paling penting percaya dan yakin pada ketentuan ALLAH…

dulu aku pernah menangis kerana purus cinta dan kecewa..pernah menangis kerana gagal…namun kini baru ku tahu menangis kerana manusia itu hanya sia2…menangislah dan mengharaplah pada ALLAH kerana disitu ada ketenagan yang tidak ternilai harganya…menitisla airmata ini utk ALLAH kerana ianya sgt berharga dan bernilai dan bukan pada manusia kerana ianya hanya sia2 dan membuat kita kecewa…

bukan utk menasihat org lain tetapi utk mengingati diri sendiri yang selau leka dan lalai dalam mengejar urusan dunia…dan menyedarkan diri agar sentiasa kembali pada CINTA yang agung dan hakiki…Moga diberi ketenangan dan kesabaran dalam menghadapi cabaran dalam mengharungi hidup yang penuh liku…

inilah hadis yang sgt bernilai pada diri ini dan membuat diri ini berfikir…"telah berkata jibrail:Wahai Tuhan,Engkau sampaikanlah hajat hambaMU itu,maka ALLAH menjawab: Biarkan hambaKU itu,kerana AKU mencintai rintih suaranya….anas bin Malik…"