Saturday, January 24, 2009

bila dikhianati oleh orang yang rapat dengan kita

bila dikhianati oleh orang rapat dengan kita

apabila menulis blog ni hati ini terasa amat pedih dan sakit bila mengenangkan perkara yang telah berlaku…namun apa yang dapaat diri ini lakukan utk mengubati luka itu…mengapa perkara itu harus terjadi pada diri ini?…namun bl direnungkan mgkin ini adalah ujian dari ALLAH utk menguji kesabaran hambaNYA..
betapa sakit rasanya bila orang yang rapat dgn kita telah mengkhianati diri ini…mengapa mereka sanggup bt begitu pada diri ini?mengapa…ya ALLAH, tidak ku sangka orang yang aku telah aggap sebagai adik dan juga seorang sahabat telah melukai hatiku ini…
mengapa perlu menyembunyikan perkara itu…andai adik dan “abg “telah menjadi seorang kekasih mengapa perlu sembunyikan perkara itu..mengapa perlu gunakan diri ini sebagai cara utk kamu melindungi hubungan itu…ya ALLAH bukan niat diri ini utk mendoakan yang tidak baik utk mereka tp sanggup mereka bina kebahgiaan atas kesedihan orang lain…sanggup kah seorang adik melihat hati kakaknya dilukai oleh perbuatan adik sendiri
..

adik,
kakak sayangkan adik mcm adik akak sendiri..tp mengapa adik sanggup lukakan hati kakak..mengapa adik…andai adik memang menyayangi dia lebih dari seorang abg mengapa adik tidak memberitahu kakak tentang itu..mengapa adik tidak memberitahu kakak yang adik telah mempunyai hubungan dgn dia…

sahabat,
bukan niat utk memburukkan dirimu…dan bukan sebab diri ini cemburu dgn hubunganmu namun diri ini tidak menyangka apa yang berlaku…mengapa harus menipu diri ini…mengapa kamu tidak berterus terang dgn diri ini bahawa kamu menyukai dia..dulu aku pernah tny kamu namun kenapa kamu menafikannya…kenapa kamu sanngup gunakan diri ini sebagai tempat utk kamu bersama bukan diri ini cemburu dgn hubungan kamu tp aku kecewa kerana kamu merahsiakan daripadaku dan kamu bt diri terasa dikhianati sedangkan dirimu tahu diri ini rapat dengannya..mengapa perlu jadi begini…
,


ya ALLAH,
sesungguhnya aku bersyukur kerana engkau telah memberi aku peluang melihat sendiri apa yang berlaku..mungkin ada hikmah atas apa yang berlaku…sekiranya aku tidak melihat tempoh hari mungkin aku masih tidak sedar apa yang telah berlaku…
sesungguhnya aku tidak menyangka orang yang selama ini ku anggap sangat baik telah bt perkara yang agak mengejutkan…orang yang selama ini semua orang respect telah bt satu perkara yang aku sendiri tidak menyangka…
ya ALLAH,bnarlah walau sekuat mana seorang lelaki itu namun dia rebah kerana wanita…
ya ALLAH, semoga mereka akan sedar apa yang mereka telah lakukan…ku mohon diberikan kekuatan utk ku hadapi dugaan ini…
aku harus menghadapinya walaupun pahit dan sakit…hanya satu yang ku pinta moga ditemukan dengan seseorang yang benar memahami dan menyayangi diri ini…andai tidak ada cinta lelaki utk ku cukuplah cintaMU sentiasa dekat dgn diri ini…
Ya ALLAH, tabahkan hatiku dan teguhkan imanku agar aku tidak akan mudah lemah dalam menghadapi ujian ini….
sesungguhnya diri ini terasa sakit yang teramat kerana telah dikhianati oleh orang yang paling rapat namun hidup perlu diteruskan..semoga diri ini mampu terus berdiri dan hadapi dgn tabah..akan ku jadikan perkara yang berlaku sebagai pengajaran agar tidak mudah mempercayai seseorang…